KHUTBAH – 1
خطبة عيد الأضحى1429 هـ (I)
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ – اللهُ أَكْبَرُ ×9
الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين، ولو كره الكافرون، لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده، وهزم الأحزاب وحده، لا إله إلا الله والله أكبر، الله أكبر ولله الحمد،
أَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصَحاَبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْساَنٍ إِلِى يَوْمِ الدِّيْنِ . اما بعد
فَياَ أَيُّهاَ النَّاسُ: أُصِيْكُمْ وَإِياَّيَ بِتَقْوَى اللهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
. الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد .
.Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian !!
Pada saat dan ketika yang penuh keberkatan ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tulus ikhlas kehadrat Allah SWT. yang telah mengizinkan kita bertemu dan berhimpun dipagi Aidiladha, penuh kesyahduan dan keberkatan ini. Sesungguhnya perhimpunan kita ini adalah salah satu dari rangkaian perhimpunan raksasa dipadang arafah, salah satu dari cawangan perhimpunan agung di Masjidilharam Makkah al-Mukarammah.
Pada pagi ini kaum muslimim dan muslimat, berduyun-duyun dengan perasaan gembira menuju kemasjid-masjid, kesurau-surau, musalla-musalla hatta kemarkaz-markaz tanpa mengira kedudukan, pangkat untuk berdiri rukuk`, sujud, bertakbir, bertasbih, bertahmid dan bertahlil hanyalah semata-mata membuktikan ketaatan kepada Allah subhaanahu wa ta’aala.
Dimula dengan hari ini dan selama tiga hari berikutnya pada hari-hari Tasyriq kita disunatkan melaungkan Takbir, Tahmid, Tasbih dan melaksanakan Ibadah qurban untuk mendekatkan diri kepada Allah subhaanahu wa ta’aala.
Keaadan ini berlaku diseluruh dunia, ianya melambangkan kesatuan umat Islam yang menerima Allah subhaanahu wa ta’aala sebagai Tuhannya, Rasulullah sebagai ikutannya , al-Quran sebagai panduannya, dan jihad sebagai jalan hidupnya. Inilah sebenarnya asas kesejahteraan hidup manusia .
Di dalam kita menyambut satu hari dari hari-hari kebesaran dalam Islam iaitu Idil Adha atau disebut juga hari raya korban, marilah kita mengambil kesempatan untuk bermuhasabah dan menilai diri kita sejauh manakah kita berpegang kepada ajaran-ajaran Islam didalam semua aspek kehidupan kita.
Adakah kita benar-benar menghayati setiap ibadah yang ditentukan kepada kita, atau ianya sekadar satu amalan yang diterima turun-temurun dari ibu bapa dan nenek moyang kita.
Ibadah yang dilakukan secara adat dan budaya tanpa memahami hakikat dan falsafah pengsyariatannya sebagaimana yang diperintahkan kepada kita oleh Allah subhaanahu wa ta’aala, akan menjadi sia-sia.
Persoalan Ini perlu dipertegaskan, termasuklah dua ibadah yang sedang dilakukan saat ini oleh umat Islam di seluruh dunia iaitu ibadah haji dan korban.
Menyahut seruan nabi Ibrahim a.s. bukan sahaja dalam mengerjakan haji dan menyembelih korban, bahkan apa yang lebih penting mengikut contoh tauladan baginda a.s. Baginda adalah idola kepada umat Islam yang benar-benar menyerah diri kepada segala ketetapan Allah subhaanahu wa ta’aala yang ditentukannya .
Baginda nabi Ibrahim a.s. sentiasa mekar melaksanakan perntah Allah subhaanahu wa ta’aala dengan memperjuangkan serta menyebar Islam kepada semua manusia agar tertegaknya kehidupan beragama dikalangan masyarakat.
Amaran yang amat keras Allah subhaanahu wa ta’aala terhadap hambanya yang mendiamkan diri dari memperjuangkan agamanya seperti mana terkandong didalam ayat berikut ;
“Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan.” (Toha 124-126)
. الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد .
.Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian !!
Zaman yang sedang kita jalani ini merupakan zaman yang sarat dengan fitnah. Banyak hadis Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam mengenai fitnah di akhir zaman yang menggambarkan zaman yang sedang kita lalui saat ini. Inilah zaman ketika giliran kemenangan di dunia bukan berada di pihak ummat Islam. Ini merupakan zaman di mana Allah subhaanahu wa ta’aala menguji orang-orang beriman. Siapa di antara mereka yang mengekori kepada orang-orang kafir, siapa di antara mereka yang kental keimanannya dan bahkan rela berjihad di jalan Allah subhaanahu wa ta’aala hingga meraih kemuliaan mati sebagai syuhada’.
Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. (QS Ali Imran 140)
Dalam ayat di atas Allah subhaanahu wa ta’aala menegaskan bahawa adakalanya ummat Islam memperoleh kemenangan dalam medan peperangan namun adakalanya kaum musyrikin-kuffar yang menang. Ini merupakan perkara biasa dalam kehidupan di dunia yang fana.
Dunia merupakan tempat di mana segala keadaan berubah silih berganti, tidak ada yang tetap dan langgeng. Kadang manusia menang, kadang kalah. Kadang lapang, kadang sempit. Susah-senang, sihat-sakit, kaya-miskin, terang-gelap, siang-malam, berjaya-terpuruk semuanya silih berganti dan selalu bergiliran. Itulah dinamakan dunia.
Berbeza dengan di akhirat nanti. Manusia hanya punya satu dari dua pilihan keadaan. Pertama, ia mungkin hidup abadi dalam kesenangan hakiki di dalam surga Allah subhaanahu wa ta’aala. Atau sebaliknya, hidup kekal dalam penderitaan sejati di neraka Allah subhaanahu wa ta’aala.
Sedemikian kelamnya zaman yang sedang kita jalani dewasa ini sehingga Ulama menyebutnya sebagai zaman Sistem Dajjal sedang menguasai mumat islam . Ia mengatakan bahwa sejak runtuhnya Khalifah Islamiah Othmaniah diTurkii terakhir -sekitar 90-an tahun yang lalu- dunia didominasi oleh pihak kuffar.
Perjalanan ummat manusia semakin menjauh dari nilai-nilai kenabian, ajaran Islam. Berbagai sisi kehidupan diarahkan oleh nilai-nilai kekufuran sehingga keadaannya saat ini sudah sangat kondusif untuk kedatangan fitnah paling dahsyat, yakni fitnah Dajjal.
Semenjak runtuhnya kekhalifahan terakhir, ummat Islam menjadi seperti anak-anak ayam kehilangan induk. Masing-masing negeri kaum muslimin mendirikan fahaman kebangsaan sendiri-sendiri, seraya meninggalkan dan menanggalkan ikatan aqidah serta akhlak Islam sebagai identiti utama bangsa.
Akhirnya tidak ternilai bahwa ummat Islam yang jumlahnya di serata dunia mencapai bilangan satu setengah bilion lebih, tidak memiliki kewibawaan kerana mereka berpecah belah tidak bersatu sebagai suatu blok kekuataan yang unggul.
Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam sudah menyatakan bahawa akan muncul babak keempat perjalanan ummat Islam, yakni kepimpinan para Mulkan Jabriyyan (Raja-raja atau pemerintah yang memaksa kehendaknya dituruti oleh rakyat ). Inilah babak yang sedang dilalui ummat Islam dewasa ini.
Jangankan kaum muslimin memimpin dunia, bahkan mereka menjadi ummat yang diarahkan oleh ummat lainnya. Inilah babak paling kelam dalam sejarah Islam. Allah subhaanahu wa ta’aala gantikan kepimpinan dunia dari kaum mu’minin kepada kaum kafirin. Inilah zaman kita sekarang. Dunia dipenuhi dan sarat dengan fitnah. Nilai-nilai jahiliah moden mendominasi kehidupan. Para penguasa mengatur masyarakat bukan dengan bimbingan wahyu Ilahi, melainkan hawa nafsu peribadi dan kelompok mereka.
Ummat Islam lebih menyakini golongan berpendidikan Sekular daripada golongan ulama, ungkapan mereka lebih diyakini dari tinta para ulamak, sedangkan telah jelas peringatan Allah subhaanahu wa ta’aala. Padahal Allah berfirman ;
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan” (Surah al-Hujurat: ayat 6)
Oleh kerana ini bila golongan Sekular diagungkan maka bermulalah babak tertegaknya Sistem Dajjal. Berbagai pola kehidupan ummat manusia diatur oleh Dajjalic values (nilai-nilai Dajjal).
Segenap urusan dunia kini dikelolai dengan nilai-nilai materialisme- (Kebendaan ) liberalisme (Agama adalah sama) sekularisme (Memisahkan agama dengan pemerentahan), baik politik, sosial, ekonomi, budaya, media, pertahanan-keamanan, tentera, polis bahkan keagamaan. Masyarakat kian dijauhkan dari pola pola kehidupan berdasarkan manhaj Kenabian.
Dalam bidang politik ummat dipaksa mengikuti budaya -tanpa rasa malu dan rasa takut kepada Allah subhaanahu wa ta’aala- di mana seorang manusia menawarkan dirinya menjadi pemimpin, bahkan dengan over-confident menyakini dirinya akan dipilih masyarakat. Rasuah didalam pemilihan jawatan ditukar namanya kepada politik wang. Tuduh menuduh, diikuti dengan perbalahan, malah ada yang menabur setumpuk janji kepada rakyat jika mereka dipilih.
Padahal Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:
يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ أُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا
”Hai Abdurrahman, janganlah kamu meminta pangkat kedudukan! Apabila kamu diberi karena memintanya, maka hal itu akan menjadi suatu beban berat bagimu. Lain halnya apabila kamu diberi tanpa adanya permintaan darimu, maka kamu akan ditolong.” (HR Muslim 9/343)
Sementara itu di bidang ekonomi dan kewangan ummat Islam dipaksa tunduk pada tiga polar setan, yaitu Bunga Bank , Wang Fiat dan Money Creation iaitu sistem yang memberi kekuasaan pada bank untuk melakukan proses penciptaan wang.
Padahal Islam memiliki konsep yang sangat baku tentang wang dan segala bentuk transaksi yang melibatkan wang. Bukan hanya sebatas teori tetapi blue print kewangan Islam memang pernah diwujudkan dalam bentuk nyata sejak masa awal ke-Khalifahan Islam dan terbukti hasilnya berupa kemakmuran bagi seluruh rakyat. Itulah yang diisyaratkan dalam Al-Qur’an sebagai dhzahab(emas) dan fidhdhoh(perak) dan secara empiris berupa dinar dan dirham. Suatu jenis mata wang yang memiliki intrinsic value serta aman dari inflasi.
Di bidang hukum ummat dipaksa tunduk pada nilai-nilai legal dan illegal berdasarkan hawa nafsu para penggubal undang-undang. Pesalah yang berprofail tinggi biasanya terselamat dari dikenakan hukuman, golongan rakyat biasa tidak terlepas dari hukuman. Kita biasa menyaksikan suatu saat perilaku homoseksual dan lesbianisme (fanked) dicap illegal-haram namun pada lain waktu dianggap legal-halal. Padahal Allah berfirman:
”Barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (QS Al-Maidah 44).
Bahkan sistem Dajjal mengecap kebanyakan orang-orang beriman, pejuang yang menegaknya agama Allah subhaanahu wa ta’aala sebagai terrorist. (penganas) yang wajib diperangi. Sheikh Osama Ladin diburu diserata dunia.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد .
.Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian !!
Di bidang pertahanan keamanan ummat dipaksa tunduk pada konsep ashobiyyah (fanatisme kelompok). POLIS berbagai negara Umat Islam dewasa ini dibentuk untuk mempertahankan pemerintah dengan apa cara sekalipun.
Barangkali kini selain angkatan tentera Hamas di Palestin, tak ada satu pun kekuatan tentera yang dibentuk dengan cita-cita menegakkan kalimat Allah atau mati syahid. Kebanyakan prajurit tentera atau polis modern menjadi badut jalur kepada ketuanya dalam memerangi pejuang-pejuang Islam. Mereka tidak pernah dibina untuk menjadi hamba Allah subhaanahu wa ta’aala sejati.
Allah subhaanahu wa ta’aala berfirman
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (QS At-Taubah 111)
Seni dan budaya negara telah menjadi industri syahwat. Produk di bidang ini yang bila dinikmati membawa manusia menjadi lebih jauh dari mengingat Allah subhaanahu wa ta’aala. Hampir semua filem yang dihidangkan pada dunia sebagai tontonan, nyanyian, tarian mahupun novel menyeret manusia kepada lupa terhadap Allah subhaanahu wa ta’aala. Pemujaan artis telah menjadi-jadi malah mendahuli nafsu syahwat tanpa memandang halal-haramnya.
Sungguh, nilai-nilai Dajjal (Dajjalic Values) telah mendominasi segenap inci kehidupan ummat manusia dewasa ini. Sistem Dajjal telah memperoleh kekuasaan yang cukup di seluruh dunia, sehingga begitu si Dajjal dikenali dan diakui, Dajjal (makhluk bermata satu) baisa langsung dinobatkan sebagai pimpinan yang dinanti-nanti sebagaimana diisyaratkan dalam the great seal yang tergambar di lembar wang satu dollar Amerika Syarikat.
Sekaranglah saatnya kita bersikap dan memilih.
Apakah kita mahu mengikuti genderang tarian mengawetkan babak keempat-empat Sistem Dajjal ini? Ataukah kita secara aktif mempersiapkan diri menyongsong babak kelima, yakni babak Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah (kekhalifahan mengikuti pola Kenabian) sebagaimana dinyatakan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam bakal menjadi babak lanjutan setelah babak penuh fitnah ini berlalu?
. الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد .
.Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian !!
Dewasa ini kita melihat kebanyakan umat Islam tidak lagi mengerti konsep ubudiah yang sebenar kepada Allah subhaanahu wa ta’aala. Ianya samaada berpunca dari kealpaan mereka sendiri, atau kerana tiada kemahuan untuk mendalami ajaran agama, atau berpunca dari serangan pemikiran yang dilancarkan oleh Dajjal.
Akibatnya, mereka membahagi – bahagikan ajaran agama. Sebahagian dari ajaran Islam mereka kerjakan dan sebahagian yang lain mereka tolak dan menganggap ianya bukan daripada ajaran Islam.
Sembahyang, puasa, zakat dan haji dianggap ibadah yang mesti dan wajib ditunaikan. Manakala urusan ekonomi , sosial , politik , memilih pemimpin dan melaksanakan undang-undang islam pada pandangan mereka tiada kena mengena dengan dosa pahala dan hari akhirat.
قُلْ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَآ أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ وَاللهُ لاَيَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah:”Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik “. (QS.At Taubah : 9:24)
Pegangan seperti ini jelas bertentangan dengan nas Al Quranul Karim yang memerintahkan supaya orang-orang beriman, menerima ajaran Islam keseluruhannya. Bahkan Allah Ta`ala menyatakan orang-orang yang menerima satu juzuk dari Islam dan menolak juzuk yang lain sebagai pengikut-pengikut syaitan.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam seluruhnya (dengan mematuhi segala hukum-hakamnya) dan jangan kamu menurut jejak langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. Al Baqarah 208
Demi masa depan ummah dan tanahair tercinta ini , malah demi masa depan kita bersama , marilah kita kembali dengan sehayun tangan dan selangkah kaki ke pangkuan agama suci ini, marilah kita mempertingkatkan perjuangan kita , melupakan pertentangan pendapat dikalangan kita, kerana inilah jalan-jalan untuk menarik pertolongan Allah taala kearah kemenangan jesteru hanya inilah jalan yang lurus , jalan yang membawa kita ke pintu syurga .
Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. ( Surah al – An a’am : Ayat 153 )
اللهُ أَكْبَرُ ×3
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْراً وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
بَارَكَ الله لِي وَلَكُم بِالْقُرْءآنِ العَظِيْم وَنَفَعَنِي وَإِيّاَكمْ بِالآياَتِ وَالذّكْرِ الحَكِيْم وَتَقَبَّلَ مِنّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم. أُوصِيْكُمْ عِبَادَ الله وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْن وَاَسْتَغْف الله العَظِيْم لِي وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَات وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْه فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
Add comment Disember 1, 2008
KHUTBAH – 2
خطبة عيد الأضحى1429 هـ (II)
اللهُ أَكْبَرُ ×7
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْراً وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ و ِللهِ الْحَمْدُ
الحمد لله الواحدالاحد الفردالصمد الذي لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا احد اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له واشهد ان محمد عبده ورسوله اللهم صل وسلم وبارك على محمد وعلى اله وصحبه والتابعين ال يوم الدين .
فَياَ أَيُّهاَ النَّاسُ: أُصِيْكُمْ وَإِياَّيَ بِتَقْوَى اللهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد .
.Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian !!
Marikan kita rayakan idul adha ini dengan penuh rasa syukur dan ikhlas pada Allah SWT. Marilah kita agungkan kebesaran nya mengatasi kebesaran makhluk-makhluk lain dimuka bumi ini, kita diperintahkan untuk membesarkan nya disetiap masa dan ketika bagi membuktikan kita sebagai hambanya.
لَا إِلهَ إِلَّا اللهَ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Tiada Dzat yang berhak disembah melain-kan hanya Allah semata. Tiada sekutu bagi-Nya. Ia memiliki kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Ia Mahakuasa atas segala se-suatu.”
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu me-riwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barang siapa mengucapkan di pagi hari, ‘La ilaha illallah wahdahu la syarika kalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir’, sebanyak sepuluh kali, maka Allah menulis sepuluh kebaikan untuknya dan menghapus sepuluh keburukan.
وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُون
Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Rabbmu, maka bertaqwalah kepada-Ku. (QS. Al-Mukminun :52)
Islam datang untuk menghapus eksistensi thaghut dalam segenap aspek, bentuk dan skalanya. Sehingga semua manusia menjadi hamba-hamba Allah ta’aala yang saling bersaudara, saling mencintai dan saling menghargai semata kerana Allah ta’aala. Namun, dalam sebuah masyarakat jahiliyyah thaghut-thaghut yang ada saling bersaing, saling menjatuhkan dan saling berlumba memperlihatkan kebesaran pengaruh massa dan kekayaan.
Kerana masyarakat orang beriman hanya mengagungkan, menghormati dan mencintai Allah ta’aala Yang Maha Esa dan Maha Tunggal di atas segala sesuatunya, maka masyarakat tersebut menjadi solid. Terpelihara kesatuan dan persatuannya kerana Allah ta’aala semata.
Masyarakat tersebut akan bergerak menuju cahaya yang terang. Sedangkan masyarakat jahiliyyah pasti menjadi masyarakat yang rapuh dan tercerai-berai, kerana di dalamnya terdapat banyak thaghut yang saling berebut pengaruh dan kekuasaan. Masyarakat tersebut pasti akan menuju kegelapan yang menghancurkan.
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آَمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى
الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
”Allah ta’aala Wali orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, wali-walinya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (QS Al-Baqarah ayat 257)
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد .
.Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian !!
Marilah dipagi nan syahdu ini kita sama-sama memperbaharui perjanjian untuk terus memperjuangkan agama Islam sehinga tertegaknya kalimah Allah Taala dibumi ini, percayalah segala usaha yang kita curahkan akan diberi ganjaran yang mulia disisi Allah taala, walupun kita hanya memberi sokongan kepada para pejuang, walaupun kita tidak dapat bersama dibarisan hadapan perjuangan namun segala usaha yang dicurahkan sekemampuan kita memberi erti yang besar pada perjuangan Islam.
Kepada mereka yang mengalirkan darah-darah Qurban dihari ini dan hari-hari tasyrik berikutnya mendapat ganjaran yang setimpalnya disisi Allah taala.
مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقَدْ غَزَا، وَمَنْ خَلَّفَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فِي أَهْلِهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا.
” Barang siapa mempersiapkan perbekalan orang yang berperang, berarti telah ikut berperang. Barangsiapa membiayai hidup keluarga orang yang berperang, berarti telah ikut berperang.”[1]
Dan marilah dipagi yang mulia ini kita tinggalkan golongan yang berjuang diatas dasar yang selain dari Islam , janganlah kita berserta dengan mereka, dikerana itu akan menjerumuskan kita dilembah kehinaan , larangan tersebut dijelaskan Allah taala didalam al-Quraan,
وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطاً.
Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (QS. 18, Al-Kahfi :28)
وَلاَتَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَالَكُم مِّن دُونِ اللهِ مِنْ أَوْلِيَآءَ ثُمَّ لاَتُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkanmu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (QS. 11, Huud :113).
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد .
.Saudara Muslimin dan Muslimat yang dirahmati sekelian !!
Marilah kita tutupi khutbah dipagi Nan syahdu ini dengan kita sama-sama memanjatkan doa, memohon kepada Allah SWT, yang maha pemurah dan maha penyayang kerana hanya Dialah yang maha pengabul maaf di atas segala dosa-dosa hambanya yang bertaubat.
Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni`mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. (Al Ahqaf : 15)
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mu’min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”. (Ibrahim : 41)
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيـَّتِـنَا قُرَّةَ أَعْـيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (Al Furqan : 74)
Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku, “Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (Thaaha : 25-29)
انَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا.
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَ أَصْحَابِهِ وَمَنْ دَعَا إِلَى اللهِ بِدَعْوَةِ اْلإِسْلاَمِ وَمَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّةِ رَسُوْلِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ بِإِحسْاَنٍ اِلى يَوْمِ الدِّيْنِ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَ الْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعْوَاتِ وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ
اللهم اصلح ائمتنا وولاة امورنا . اللهم اجعل ولا يتنا فيمن خافك واتقاك يارب العالمين. اللهم انصر الاسلام والمسلمين واذل الشرك والمشركين والكفر والكافرين والنفاق والمنافقين والظلم والظالمين وانصرنا على هؤلاء الذين يوعدوننا ويصدوننا عن سبيل الله .
اللهم دمر الكفرة والمنافقين واهلك اعداءك اعداء الدين. اللهم انا نجعلك في نحورهم , ونعوذ بك من شرورهم , اللهم رد كيدهم على نحورهم , اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل اقدا مهم وسلط عليهم كلبا من كلابك, يا قهار يا حبار يا منتقيم, يا الله, يا الله, يا الله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاخزاب اهزمهم وانصرنا عليهم .
اَللَّهُمَّ سَلِّمْنَا وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي فَلِسْطِيْنَ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي الْبُسْنَةْ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي كَشْمِيْرَ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي الْهِنْدِ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي الشَيْشَان، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي الصِّيْنِ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي فِيْلِبِيْنَ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي اَمْبُوْنَ، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي إِنْدُوْنِيْسِيَّا، اَللَّهُمَّ سَلِّمْ إِخْوَانَنَا فِي سَائِرِ بِلاَدِ الْمُسْلِمِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ،
ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنة وفى الاءخرة حسنة وقنا عذاب النار .
وصلى الله على سيدان محمد وعلى ءاله وصحبه اءجمعين . والحمدلله رب
العالمين . عباد الله
ان الله ياء مر بالعدل والاء حسان وايتاء ذى القرب وينهى عن الفحشاء
والمنكر والبغى , يعيظكم لعلكم تذكرون فاذكرواالله العظيم يذكركم
واشكروه على نعمه يزدكم واسئلوهمن فضله يعطكم ولذكر الله اكبر .
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Add comment Disember 1, 2008